Thursday, April 9, 2009

Taklimat Alumni Fakulti Sains UPM

Satu taklimat khas Alumni Fakulti Sains telah diadakan di Dewan Kuliah Sains pada 9 April 2009. Taklimat itu bertujuan menerangkan kepada pelajar tahun akhir tentang kewujudan alumni Fakulti Sains yang sedang bergerak dan meminta seluruh pelajar tahun akhir menyambung dan bersama dengan aktiviti berkenaan.
Ada beberapa kumpulan alumni Fakulti Sains.
1. Kumpulan guru sekolah
2. Penyelidik di universiti dan institut penyelidikan
3. Pegawai kerajaan dan swasta atau bekerja sendiri.
Masing-masing kumpulan ini boleh menyumbang kepada alumni melalui berbagai cara pendekatan dan aktiviti.
Bagi pelajar tahun ini boleh menubuhkan kumpulan alumni sendiri dengan menamakan Alumni Fakulti Sains tahun 2009 dan berhubung dengan pejabat fakulti. Satu laman sesawang akan dibina khas untuk alumni berkomunikasi dengan fakulti.

No comments: