Monday, August 17, 2009

Kerjalapang membuka minat dan kefahaman kepada kursus yang dipelajari

Mereka terlampau gembira apabila ada kebebasan. Remaja mahukan
kebebasan dan keseronokan!!
Di Lapangan lebih mesra, lebih berani dan lebih memahami. Hilang rasa kaku di bilik darjah dan ingin mengetahui lebih mendalam tentang ekologi hidupan liar. Minat dan kepakaran sebenar diukur semasa di lapangan.

Kerjalapangan pelajar BGY4402 (Wildlife Ecology) 14-16 Ogos lepas di Kuala Gula Perak, Santuari Burung Laut memberikan pendedahan dan praktikal kepada tiori yang dipelajari dalam bilik kuliah. Pelajar akan merasa lebih memahami dan nampak apa sebenarnya berlaku dilapangan. Dalam kerjalapangan kali ini pelajar mendapatkan maklumat sebenar tentang kesedaran dan sokongan kepada program pelepasan burung upeh di Kuala Gula. Dari pengalaman singkat ini mereka tahu kenapa konservasi hidupan liar di Malaysia tidak pernah berjaya dan kepentingan ekologi dan hidupan liar tidak mendapat sambutan majoriti rakyat Malaysia. Bagaimana nak lakukannya? Mereka akan laksanakan apabila bergraduat nanti atau melalui aktiviti ko-kurikulum mahasiswa Jabatan Biologi.

No comments: