Monday, September 14, 2009

Mahasiswa perlu beraktiviti




Aktiviti mahasiswa di universiti perlu menggambarkan aspirasi generasi mereka sebenar. Kenapa sejak sepuluh tahun dahulu masyarakat membincangkan tentang kewibawaan mahasiswa. Masyarakat selalu membandingkan kualiti mahasiswa zaman 70-an dan 80-an dengan kualiti mahasiswa zaman sekarang. Apakah status ekonomi dan cara hidup masyarakat serta teknologi ICT sekarang membuatkan kewibawaan mereka diragui. Atau apakah sistem pendidikan sekarang sejak sekolah dan pendekatan P&Pnya membuatkan persoalan kewibawaan mahasiswa kini diragui. Atau di universiti mereka diajar seperti di sekolah dan tidak menyediakan mereka untuk alam pekerjaan atau menjadi pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi yang sebenar. Kalau semua kita prihatin dengan kualiti mahasiswa maka sesuatu tindakan perlu di buat. Dengan teknologi ICT semasa, mahasiswa seharusnya mendapat maklumat yang diperlukan dari seluruh dunia dengan cepat dan keraguan tentang kualiti mereka tidak sepatutnya ada. Oleh kerana kemudahan mendapatkan maklumat yang mudah dan cepat atau dihujung jari sahaja tidak seperti mahasiswa zaman dahulu, maka pendekatan pembelajaran perlu diubah. Mahasiswa perlu lebih didedahkan dengan kedua-dua maklumat terkini secara global dan amalan ilmu yang didapati terus kepada masyarakat atau profesionalism yang diikuti. Dengan kata lain aktiviti kerja lapangan, latihan industri dan projek berdasarkan penyelesaian masalah setempat perlu dijalankan. Kalau dahulu banyak peruntukan untuk mendapatkan maklumat tetapi sekarang perbelanjaan itu sudah menjadi murah dan ada yang percuma. Maka peruntukan yang lebih pula perlu diberikan kepada aktiviti pendedahan mahasiswa kepada kerja luar dan amal bakti ilmu yang diperolehi. If in case there is a curriculum review, this idea must be considered so that at the end of the course or programme the students must be able to practice their knowledge, skills and intellectuality effectively in their career.

1 comment:

Ili Nadhrah said...

saya harap Prof dapat panggil saya untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.,
saya akan cube beri komitmen untuk semua aktiviti.,
saya tinggal contact no saya untuk mgubungi prof amad.,
013-300 7365-ili