Tuesday, January 26, 2010

Peluang Memimpin

Gambar dari Warga FS

Pelajar Jabatan Biologi berpeluang belajar memimpin di Fakulti Sains untuk bersama memacu kecemerlangan dan kekuatan alumni di masa hadapan. Apakah harapan generasi sekarang untuk Malaysia akan datang? Sejauh mana keharmonian dan kesejahteraan sekarang dapat dikekalkan?. Sejauh mana generasi sekarang dapat memimpin generasi akan datang terus bertolak ansur menuju kecemerlangan Malaysia? Sejauh mana tradisi kepimpinan sekarang dapat bertahan dengan semangat kumpulan minoriti yang hanya mahu diterima tetapi tidak mahu menerima atau bercita-cita menakluki semua?. Perkara ini harus difikir secara serius dan proaktif berdasarkan sejarah dan senario semasa. Sudah tentu kepimpinan masa hadapan lebih mencabar dan global. Generasi sekarang mesti melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, keberanian, kekuatan, keimanan, srategi dan mempunyai kualiti kepimpinan masa hadapan serta sentiasa bersedia menghadapi realiti. Kepimpinan sekarang pula mesti mempunyai wawasan dan tidak meruntun seluruh orang dibawahnya jatuh, rebah dan merangkak mengikut kualiti mereka yang terkebelakang dan penuh khayalan yang tidak menentu.

No comments: