Thursday, May 20, 2010

3R - reduce, reuse, recycle

Wajib asingkan sampah menjelang 2013
20/05/2010 3:42pm

KUALA LUMPUR 20 Mei - Setiap isi rumah di negara ini akan diwajibkan mengasingkan sampah mengikut sisa organik dan bahan kitar semula menjelang 2013.

Ia bertujuan mengawal limpahan sisa pepejal yang semakin meningkat setiap tahun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, rancangan untuk mewajibkan pengasingan sampah di rumah itu kelak diharap dapat memudahkan proses kitar semula plastik, kertas dan kaca di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos.

“Kita mahu mengamalkan konsep 3R iaitu kurangkan, kitar dan guna semula (reduce, reuse, recycle) di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos untuk mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan sampah.

“Daripada 290 tapak pelupusan sampah negara, hanya tujuh yang bersih dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pula memerlukan sekitar RM1 bilion setiap tahun untuk menguruskan kesemua tapak pelupusan tersebut,'' katanya.

Beliau berkata, dengan mengasingkan sisa pepejal dari rumah dan amalan 3R, kos pengurusan sisa pepejal yang kini menelan sehingga 80 peratus peruntukan PBT diturunkan sehingga 20 peratus.

Katanya, negara dilaporkan menghasilkan 23,000 tan sisa pepejal setiap hari dan dijangka mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020. - Utusan

__________________________________________

Semua sekolah dan IPTA mesti mulakan sekarang aktiviti 3R dalam kawasan pentadbiran masing-masing. Asingkan bahan organik dari kantin atau dewan makan dan kurangkan penggunaan kertas, kitar semula sampul surat untuk urusan dalaman. Jimat duit naik gaji

No comments: