Thursday, June 24, 2010

Budaya Bangsa Ceremonial


Kita sudah lama berpesta dan berhibur dengan aktiviti bangsawan, makyong, menora dan sebagainya. Zaman dahulu kita berhibur setahun sekali di kala musim menuai sebab itu kita hari gawai, pesta tanglung dan sebagainya. Sekarang budaya makin berkembang, aktiviti makin banyak. Kalau majlis kenduri kahwin sahaja zaman dahulu mungkin zaman hari raya korban, kemudian musim cuti sekolah hujung tahun, sekarang tiap musim cuti sekolah malah ada yang hujung minggu dan tiada musim lagi. Akhirnya budaya bangsawan, pertunjukan tarian dan upacara menjadi amalan bangsa. Mungkin kalau dapat dibezakan upacara dengan perjuangan tidak mengapa. Malangnya masyarakat sekarang lebih suka kepada upacara. Kejayaan sesuatu majlis dinilai berasaskan sambutan, tarian, kompang dan potong reben. Akhirnya budaya ini terbawa-bawa sehinggakan majlis taklimat dan penerangan juga menjadi suatu upacara sahaja. Maka riohlah pemimpin bercakap "message delivery" tidak berkesan dan keutamaan pencapaian dinobatkan. Sepatutnya penerangan dan semangat yang di sampaikan oleh kepala ketua kepada ketua-ketua disampai kepada anak buah di peringkat akar umbi. Oleh kerana sudah menjadi masyarakat ceremonial maka majlis taklimat, penerangan dan bina semangat menjadi seperti menonton wayang nasib labu labi di panggong. ketawa bersama bila keluar lain-lain pintu. Semua idea dan cadangan yang dikemukakan katanya sudah dilakukan di peringkat tertinggi. malangnya isu yang sama juga diulang-ulang kepada orang yang sama dan tidak nampak kesannya. mesej tidak sampai ke akar umbi. akhirnya gagal dalam perjuangan. Itulah budaya bangsa ceremonial. Marilah kita sama-sama fikirkan dalam proses penyediaan sebuah sebuah generasi negara maju selepas 2020.

No comments: