Friday, April 29, 2011

Siapa sebenarnya Melambatkan @ Menghalang Kecemerlangan Akademik?


Sistem dan perlaksanaan untuk kecemerlangan akademik bukan suatu upacara. Upacara hanyalah satu cara pengiktirafan dan perlaksanaan menjayakan sistem untuk mencapai matlamat yang dirancangkan dalam plan strategik.
Di universiti misalnya:
1. menarik minat pelajar untuk datang ke universiti berkenaan (Imej, Infrastruktur dan kemudahan yang sempurna dan berfungsi, program akademik dan perlaksanaan yang menarik, tenaga pengajar berpengetahuan, berkemahiran dan terkenal dalam bidangnya, sistem yang effektif, graduan yang boleh mendapat pekerjaan dan dikehendaki dalam pasaran kerja). mungkin upacara terlibat dalam mempromosi, memasarkan dan menunjukkan kekuatan universiti itu perlu dilaksanakan melalui upacara tertentu.
2. Sistem pengurusan di universiti mesti lengkap, mantap, cekap dan sempurna dari segi sistem dan kakitangannya. Elakkan daripada pegawai yang tidak berpengetahuan tentang sistem yang ada, sistem yang 'adhoc', dan tidak faham matlamat dan strategi universiti. Pentadbiran dan pengurusan mesti berjiwa akademik serta bersifat memudahkan pensyarah dan pelajar yang merupakan tonggak universiti.
3. Universiti mesti mempunyai ketua yang berwibawa dan sentiasa meletakkan pegawai akademik dan pelajar diatas yang sentiasa diutamanakan.
4. Kegagalan sistem, perlaksanaan dan pengurusan universiti menyebabkan kualiti akademik tidak terjaga dan plan strategik kearah kecemerlangan universiti tidak akan tercapai.
5. Kalau pelajar dan pensyarah merupakan tonggak kecemerlangan akademik dan pentadbiran memudahcarakan perjalanannnya maka isu menghalang kecemerlangan tidak timbul. Mungkin pentadbiran memperkenalkan pelbagai sistem dan kaedah untuk kecemerlangan tetapi sistem yang melencong pelajar dan pensyarah daripada teras maka ini akan mengganggu pencapaian kecemerlangan yang diidamkan.

No comments: