Wednesday, August 10, 2016

This is a great challenge to the authority. May be the authority can start from here. Do not to read the book just action!

Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman
am@hmetro.com.my

Temerloh: Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang cedera ditetak pendatang asing tanpa izin (PATI) di Taman Negara Ulu Tembeling, Jerantut, Isnin lalu, berjaya dibawa keluar dengan menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas 36 jam terkandas dalam hutan.
Mangsa, Mohd Khairul Azuan A Aziz, 29, berasal daripada FELDA Jerangau,Terengganu, cedera di bahagian muka dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), di sini, selepas mendarat.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, mangsa menyertai operasi Rangkaian Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON) bersama PERHILITAN dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum cedera akibat ditetak PATI.
"Operasi menyelamat menggunakan helikopter bermula 11 pagi tadi dan tiba di Temerloh sejam kemudian.
"Operasi menyelamat mangsa mengalami kesukaran disebabkan faktor muka bumi dan laluan yang boleh menggunakan pacuan empat roda," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

No comments: