Thursday, June 8, 2017

We need to relooked again our endangered species and protect them. We need more young scientists, money and support. Satu ketika dulu negeri Perak merupakan negeri yg mempunyai taburan dan habitat Badak Raya. Sebelum itu, secara ringkasnya, Badak Raya atau dalam bahasa Inggerisnya, Javan rhinocerus merupakan salah satu daripada 5 spesis badak sumbu yang ada di dunia. Spesies ini kini amat terancam dengan disenaraikan sebagai kategori sangat terancam di bawah IUCN (International Union for Conservation of Nature), dengan hanya dua populasi secara liar dan tiada di zoo dan ia kemungkinannya mamalia besar paling jarang dijumpai di dunia (1). Di Malaysia, ia telah lama pupus, semenjak tahun 1930 lagi. Punca kemerosotan badak Raya dikatakan disebabkan oleh pemburuan haram, terutama bagi tanduknya, yang amat dihargai dalam perubatan tradisional Cina, bernilai sehingga US$30,000 se kilogram di pasaran gelap. Namun faktor pembangunan merupakan faktor terbesar kepada kepupusan spesis ini. Habitat Badak Raya kebanyakan tinggal di kawasan tanah lembap (terutama hutan paya gambut dan hutan paya air tawar. Kedua-dua habitat ini merupakan kawasan paling terancam akibat aktiviti pembangunan manusia Oleh kerana habitat dan jenis-jenis kawasan hutan tersebut telah diancam kemusnahan maka secara tidak langsung ia telah mengancam kehidupan spesies Badak Raya. Kebanyakan guna-tanah sedia-ada di kawasan tersebut telah ditukar samada pertanian berskala ladang, kawasan penempatan, komersial ataupun kolam akuakultur

Seorang pemburu Belanda dengan bangkai R. s. sondaicus di Ujung Kulon, 1895

Spesis Badak Raya R. s. sondaicus di Zoo London dari Mac 1874 sehingga Januari 1885
http://buletin.kuasaperak.org/?p=138

No comments: