Thursday, June 24, 2010

Budaya Bangsa Ceremonial


Kita sudah lama berpesta dan berhibur dengan aktiviti bangsawan, makyong, menora dan sebagainya. Zaman dahulu kita berhibur setahun sekali di kala musim menuai sebab itu kita hari gawai, pesta tanglung dan sebagainya. Sekarang budaya makin berkembang, aktiviti makin banyak. Kalau majlis kenduri kahwin sahaja zaman dahulu mungkin zaman hari raya korban, kemudian musim cuti sekolah hujung tahun, sekarang tiap musim cuti sekolah malah ada yang hujung minggu dan tiada musim lagi. Akhirnya budaya bangsawan, pertunjukan tarian dan upacara menjadi amalan bangsa. Mungkin kalau dapat dibezakan upacara dengan perjuangan tidak mengapa. Malangnya masyarakat sekarang lebih suka kepada upacara. Kejayaan sesuatu majlis dinilai berasaskan sambutan, tarian, kompang dan potong reben. Akhirnya budaya ini terbawa-bawa sehinggakan majlis taklimat dan penerangan juga menjadi suatu upacara sahaja. Maka riohlah pemimpin bercakap "message delivery" tidak berkesan dan keutamaan pencapaian dinobatkan. Sepatutnya penerangan dan semangat yang di sampaikan oleh kepala ketua kepada ketua-ketua disampai kepada anak buah di peringkat akar umbi. Oleh kerana sudah menjadi masyarakat ceremonial maka majlis taklimat, penerangan dan bina semangat menjadi seperti menonton wayang nasib labu labi di panggong. ketawa bersama bila keluar lain-lain pintu. Semua idea dan cadangan yang dikemukakan katanya sudah dilakukan di peringkat tertinggi. malangnya isu yang sama juga diulang-ulang kepada orang yang sama dan tidak nampak kesannya. mesej tidak sampai ke akar umbi. akhirnya gagal dalam perjuangan. Itulah budaya bangsa ceremonial. Marilah kita sama-sama fikirkan dalam proses penyediaan sebuah sebuah generasi negara maju selepas 2020.

Di mana kita boleh menyumbang untuk negara

Semua orang boleh menyumbang kepada negara dan di mana-mana sahaja. Bagi seorang ahli akademik mungkin lebih bernasib baik kerana boleh menyumbang melalui pengajaran di universiti menghasilkan cerdik pandai, intelek yang mampu bersaing dan mengamalkan ilmu dan pengalaman yang didapati di universiti melalui profesor berkaitan. Disamping itu melalui penyelidikan ahli akademik dapat menyumbang idea-idea dan maklumat baharu kepada masyarakat, industri dan rakan sekepakaran bagi menggunakan idea atau maklumat itu di tempat dan masa yang lain dalam pentadbiran, pengurusan dan membuat keputusan. Ahli akademik juga sentiasa berpeluang mendampingi masyarakat melalui aktiviti komuniti, NGO dan agensi kerajaan. Secara am ahli akademik boleh bekerja "from the wild to the lecture room and from laboratory to parlimen". Bagi menghasilkan ahli akademik seperti ini dua perkara boleh dilakukan; pertama memberikan gaji yang setimpal dan sewajarnya sesuai dengan kedudukan mereka sebagai seorang ilmuan, pakar dan mempunyai idea terkehadapan ATAU memberikan peruntukan kewangan untuk kerja penyelidikan dan pengembangan. Agensi yang berkaitan perlu menimbangkan hal pembangunan sumber manusia adalah bermula dari kepakaran profesor, bukan dari buku teks semata-mata atau jaringan intrenet. Profesor kita perlu ditingkatkan kualiti dahulu sebelum meningkatkan kualiti graduan dan generasi intelek masa hadapan. Isu dan maklumat tempatan perlu dikuasai sepenuhnya bagi membangunkan masyarakat sendiri. Tugas Profesor di universiti bukan tolong membaca untuk mahasiswa (bedroom reader) tetapi memberikan idea baharu, memacu mahasiswa ke arah penguasaan, inovasi, kreativiti dan kecemerlangan ilmu bidang-bidang tertentu. Majlis profesor yang diwujudkan haruslah berfungsi sesuai dengan hasrat negara membangunkan masyarakat/sumber manusia dan teknologi masa hadapan.

Konferens, Symposium, Seminar


Konferens, Simposium, Seminar baik untuk menemukan ahli akademik. Bagi ahli sains ini sebagai satu platfom untuk saintis muda dan senior, belajar dan bertukar fikiran, mendapat idea baru dan menambah jaringan.Dalam konferens ini misalnya dapat dilihat jelas jurang pengalaman penyelidik lebih 50 tahun (Prof S. Tsunogai dari Jepun), 30 tahun, 25 tahun, 10 tahun, 5 tahun dan baru bergraduat dan berjinak-jinak dengan penyelidikan.Satu badan perlu ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau dan medokumenkan aktiviti ini supaya dapat dinilai maklumat dan penemuan yang dibentangkan oleh saintis muda dan pencapaian oleh saintis senior.Dengan adanya pemantauan, mendokumen, menganalisis dan mengklasifikasikan penemuan,menyenaraikan mengikut kumpulan dan kepentingan serta keperluan negara, menyediakan bajet untuk meneruskan kajian. Aktiviti pemantauan dan sebagainya ini memerlukan kepakaran khas dan peruntukan secukupnya.25 tahun jurang pengalaman antara penyelidik senior dan junior perlu diberi perhatian bagi memacu pembangunan sains dan teknologi di Malaysia.

Sunday, June 20, 2010

Peningkatan kekuatan bidang penyelidikan di Malaysia, bagaimana nak dilakukan?

Sejak kerajaan Malaysia memperkenalkan IRPA dan sekarang berbagai geran penyelidikan melalui berbagai agensi kerajaan menjanjikan penemuan baharu, pengkomersilan dan mengembangkan kemantapan pengetahuan sains dan teknologi. Pembangunan sains dan teknologi sesebuah negara menjadi tulang belakang kepada pembangunannya. Pengalaman negara maju telah membuktikannya dan akan membuang masa sekiranya kita terus membahaskan tanpa melaksanakan dengan cepat.
Banyak perkara dan cara boleh dilakukan bagi mempercepatkan pembangunan sains dan teknologi negara. Antaranya adalah objektif, matlamat, manafaat, fokus, geran penyelidikan, kepemimpinan dalam pembangunan penyelidikan sains dan teknologi, ahli sains, penerusan kajian dan pengembangan oleh kumpulan penyelidikan (eg. profesor, pelajar, pasca doktoral dan jaringannya), pemantauan jangka pendek dan panjang. Kalau profesor di Jepun menjalankan penyelidikan bidang yang sama dan berkaitan selama 30-50 tahun, mempunyai lebih 100 jaringan profesor, pasca doktoral dan penyelidik yang bergraduat dari makmalnya terus mendapat pengiktirafan dari kerajaan dengan mendapat geran penyelidikan, tidak hairanlah negara Jepun terus maju dalam pembangunan penyelidikan sains dan teknologi. Di kebanyakan negara membangun ada profesor menukar bidang penyelidikan 5-10 kali mengikut peruntukan kewangan, selera semasa dan kepemimpinan dalam penyelidikan. Akhirnya bidang yang profesor berkenaan dilatih 30 tahun dahulu yang memakan belanja lebih USD100K duit rakyat terbengkalai dan mati.Dalam kes Malaysia kalau dilihat perancangan 15 tahun dahulu, mungkin kita tertinggal selama 25 tahun sekarang dari segi kadar pembangunan sains dan teknologi yang diharapkan. Sebelum 2020 kita kenalah fikir semula dan mantapkan strategi pembangunan sains dan teknologi untuk bersaing dengan hampir 3 bilion jiran yang agresif memajukan sains dan teknologi mereka dalam semua bidang demi kesejahteraan rakyat dan kekuatan ekonomi mereka. Mungkin kita kena di hadapan walaupun terpaksa berundur (kita berada di hadapan sambil berundur/melangkah ke belakang dan memandang orang lain yang mara ke arah kita) daripada melihat dan mengikut pembangunan orang lain dan apa orang lain berkata.

Saturday, June 12, 2010

RMK10


RMKe-10 – Lima Teras Strategik

17. Dalam menerajui hala tuju bagi mencapai aspirasi RMKe-10, lima teras strategik utama telah dikenalpasti ke arah mencapai objektif serta sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan ini. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi;

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.


82. Bagi menggembleng potensi intelektual dan kepakaran yang sedia ada di IPTA, kerajaan telah pun menubuhkan Majlis Profesor Negara yang telah saya lancarkan baru-baru ini. Kepakaran seramai lebih 1,400 Profesor di IPTA seluruh negara akan dapat dimanfaatkan melalui prakarsa ini. Salah satu lagi agenda nasional bagi menjelmakan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah penghasilan modal insan yang berkualiti. Untuk itu, kita mahukan institusi pengajian tinggi awam mempunyai murabbi yakni tenaga pengajar dan penyelidik yang terbaik dan bermotivasi.

83. Kerana itulah, kerajaan telah mengumumkan skim perkhidmatan yang lebih baik untuk Profesor di IPTA dan pensyarah Institut Perguruan. Di bawah penambahbaikan skim ini, satu kategori baru yakni Profesor Kanan telah diwujudkan dengan diletakkan di bawah tangga gaji Gred Turus. Pelantikan ke peringkat ini hanya akan dihadkan mengikut kelayakan dan keupayaan individu terbabit, tanpa ada sekatan angka siling tertentu. Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga telah membuat keputusan untuk memperkasa gelaran Profesor Di Raja yang sedia ada dengan pakej "remuneration" yang lebih setimpal dengan wibawa pemegang gelaran ini


Peranan Universiti Sangat Penting Bagi Menjayakan Strategi di Atas. Semua yang terlibat dalam pentadbiran, pengurusan dan perlaksanaan di UNIVERSITI kena benar-benar faham apa itu universiti dan peranan Profesor di universiti.

Nak Universiti bertaraf Dunia: Kena faham Universiti dan tugas Profesor!

A university is an institution of higher education and research, which grants academic degrees in a variety of subjects. A university is a corporation that provides both undergraduate education and postgraduate education. A university is the notion of academic freedom.
Full professor is the highest rank that a professor can achieve (other than in a named position) and is seldom achieved before a person reaches their mid-40s.
'Professor' is reserved in correspondence to full professors only; lecturers and others are properly addressed by their academic qualification (Dr for a PhD, DPhil etc. and Mr/Mrs/Miss/Ms otherwise). In official functions, Associate Professors are addressed as Dr or Associate Professors and not Professors.

Professors are qualified experts who may do the following:
1. conduct lectures and seminars in their field of study (i.e., they "profess"), such as the basic fields of mathematics, science, humanities, social sciences, education, literature, music or the applied fields of engineering, design, medicine, law, or business;
2. perform advanced research in their fields.
3. provide pro bono community service, including consulting functions (such as advising government and nonprofit organizations);
4. teach campus-based or online courses with the help of instructional technology;
5. train young or new academics (graduate students);
6. carry out administrative or managerial functions, usually at a high level (e.g. deans, heads of department, librarians, etc.).

The balance of these six fields of professorial tasks depends heavily on the institution, place (country), and time.


Sekiranya kita menggunakan masa profesor untuk mengisi borang-borang, mencari dan menyediakan maklumat untuk urusan pemfailan, pentadbiran dan publisiti sedangkan tenaga sokongan hanya sebagai perantara bukan pemberi khidmat menyokong fungsi hakiki universiti pengajaran, penyelidikan dan memasyarakatkan penemuan penyelidikan. Profesor mungkin tiada masa untuk berfikir, merancang, menyediakan cadangan penyelidikan, mendapatkan gran penyelidikan dan lain-lain urusan meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan. Sama-samalah kita memenafaatkan profesor yang kita ada dan jangan menyimpang dan membazirkan tugas mereka.Berikan mereka kebebasan kerana idea yang terbaik tidak datang dikala fikiran terganggu dengan borang-borang dan sistem yang tidak menentu.

Thursday, June 10, 2010