Sunday, June 14, 2009

Kajian Populasi Ikan Laut di Hadapan Stesen Sains Marin Port Dickson


Bubu-bubu sedang diturunkan untuk kajian populasi ikan kawasan pantai Port Dickson


Jabatan Biologi meneruskan kajian populasi ikan di hadapan Stesen Sains Marin Port Dickson dengan meletakkan bubu-bubu di tempat berkenaan. Kawasan laut berhadapan Stesen Sains Marin Port Dickson mempunyai batu karang, rumput laut dan terumbu buatan yang diletakkan oleh nelayan pantai secara bersendirian dan atas inisiatif sendiri. Kawasan ini juga sangat aktif dengan aktiviti pelancongan dan rekreasi. Kajian populasi ikan ini bukan sahaja menyumbang kepada aktiviti penyelidikan dan pengajaran kursus berkaitan tetapi juga untuk sumber ikan nelayan pantai kecil-kecilan, rekreasi dan pelancongan. Justeru itu aktiviti penyelidikan dan pengajaran ini merupakan aktiviti permulaan dan aktiviti akan datang dicadangkan melibatkan persatuan nelayan tempatan, Majlis Kerajaan Tempatan, Jabatan Perikanan dan lain-lain agensi seperti operator pelancongan. Universiti Putra Malaysia dapat menyumbang kepada "kestabilan ekosistem model" ini jika tumpuan dan sokongan semua pihak dapat diberikan. Sekiranya ini berlaku aktiviti ini akan menjadi model sumbangan Stesen Sains Marin Port Dickson kepada masyarakat setempat dan menjadi ikutan di tempat lain.

No comments: