Sunday, January 6, 2013

Kos amah RM6,700 tidak munasabah - MAMA: Kita kena kreatif, tempat simpan kanak-kanak sekitar sekolah, tempat kerja dan pekerja penjagaan kanak-kanak profesional. Pendapatan tinggi rakyat boleh dimasukkan kerjaya menjaga kanak-kanak atau cipta kerjaya di rumah flat.

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Cadangan menetapkan kos pengambilan pembantu rumah dari Indonesia pada harga RM6,700 oleh Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) bukan sahaja tidak munasabah malah turut membebankan majikan.
Persatuan Majikan Amah Malaysia bantah kos baharu pengambilan amah dari Indonesia.
Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Fauzi Engku Muhsein berkata mereka membantah cadangan struktur kos baharu itu dan menganggapnya satu kesilapan yang serius jika dilaksanakan.

No comments: