Saturday, May 3, 2014

Sejauh mana objektifnya tercapai dengan perbelanjaan berjuta-juta yang telah dilaburkan. Mungkin paling mudah sekiranya striktur pentadbirannya diperkemaskan dan perkhidmatannya dipertingkatkan. Aktiviti memerhati burung sahaja sudah boleh mendatangkan pendapatan yang baik samada melalui bayaran masuk atau dalam bentuk lain. Aktiviti pendidikan alam sekitar bagi pelajar sekolah sudah tentu mendatangkan banyak faedah. Asasnya struktur pentadbiran perlu diperkemaskan.

Paya Indah Wetlands adalah kawasan bekas lombong timah selain tasik air tawar dan hutan paya gambut seluas 450.76 hektar yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands). Sebanyak 14 tasik buatan terbentuk akibat perlombongan bijih timah serta dipenuhi pelbagai jenis ikan. Setiap permukaan tanah tidak kira di kawasan tanah tinggi, paya bakau atau gambut, habitatnya adalah berlainan. Paya Indah Wetlands adalah bekas hutan paya gambut. Paya Indah Wetlands adalah syurga kepada 229 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amfibia dan juga 14 spesies ikan. Di samping itu, sebanyak 220 spesies terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan akuatik dan daratan yang melatari pemandangan Paya Indah Wetlands. Menurutnya, objektif asal Paya Indah Wetlands itu dibangunkan untuk memulihara habitat dan ekosistem tanah lembap bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai tanah lembap.


No comments: