Thursday, May 5, 2016

NGO desak kerajaan selesaikan isu alam sekitar: NGO wants government solve all the environmental issues.

KUALA LUMPUR – Aktiviti pe­nerokaan hutan yang tidak terkawal perlu dihentikan segera bagi mengelakkan kejadian bencana alam berulang pada masa depan.
Sehubungan itu, Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Dr. Ahmad Ismail menegaskan, kerajaan Pusat dan negeri perlu duduk semeja mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Ketiadaan kawasan penampan antara hutan simpan dan su­ngai menyumbang kepada banjir, tanah runtuh dan banjir selut. Di Kelantan misalnya, kebanyakan kawasan banjir adalah berkaitan dengan penebangan hutan di kawasan tinggi dan berhampiran sungai.
“Negara ini ada undang-undang dan ia mesti dipatuhi. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berulang, semua pihak bertanggungjawab harus duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik,” katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! semalam.

No comments: