Tuesday, November 17, 2009

Kenapa mereka berani menambah cemar perairan kita?


KEGIATAN pemindahan minyak secara haram yang berlaku di perairan Johor dilihat semakin serius meskipun pihak berkuasa maritim negara meningkatkan penguatkuasaan sejak akhir-akhir ini.

Ini terbukti apabila 12 buah kapal ditahan di perairan Pengerang hanya dalam tempoh lapan hari atas pelbagai kesalahan termasuk memindahkan minyak kotor dari kapal ke kapal.

Hasil operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan kelmarin, dua buah kapal asing yang sedang memindahkan minyak kotor secara haram ditahan di perairan Tanjung Piai, di Pontian, Johor.

Apa kita perlu buat?

1. Permonitoran yang berkala dan data yang lengkap.
2. Meningkatkan kualiti data, teknologi analisis, tenaga mahir dan peruntukan kewangan.
3. Publisiti kepada dunia yang kita prihatin kepada pencemaran dan kita mahu Selat Melaka bebas dari pencemaran luar. Kita tahu lebih 5000 kapal minyak melintasi Selat Melaka setiap tahun dan tersibuk di dunia. Kita mempunyai data lengkap dan tahu daripada mana pencemaran perairan kita datang atau berasal. Kita ada kepakaran untuk menilai status dan sumber pencemaran perairan kita. Persekitaran pantai sangat penting untuk sumber perikanan dan kesihatan rakyat Malaysia.
4. Kekuatan, kepakaran, undang-undang dan Penguatkuasaan maritim. Tahniah pasukan berkaitan.

No comments: