Sunday, February 28, 2010

Mangrove Protection and Reclaimation Continue


27 February 2010. Sungai Nibong/Sungai Nipah, Sungai Besar, Selangor. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Malayan Nature Society bersama menganjurkan program penanaman anak bakau kurap di Pantai Sungai Nibong dan Sungai Nipah Sungai Besar Selangor. Program dirasmikan oleh YB Hajjah Noriah Kasnon Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Sebanyak 2500 anak bakau telah di tanam di kawasan berkenaan bagi menambah kepada pokok-pokok yang sedang membesar yang ditanam sebelumnya. Turut terlibat dalam penamaman hutan bakau itu adalah pelajar sekolah sekitar simpang lima, pennduduk tempatan dan wakil dari UPM. Prof Dr. Ahmad Ismail dan Prof Naito dari National Polar Research Institute, Japan dan pasukannya juga turut terlibat. Prof Naito berada di Malaysia dalam rangka kerjasama jangka panjang pemuliharaan burung upeh UPM, The Universiti of Tokyo, National Polar Research Institute, Jabatan Perhilitan dan Zoo Negara. Program kerjasama ini diketuai oleh Prof. Dr. Ahmad Ismail dari Universiti Putra Malaysia. Hutan bakau adalah penting dalam pemuliharaan burung upeh yang hampir pupus di Malaysia.

No comments: