Thursday, April 15, 2010

Isu Alam Sekitar Tanggungjawab Semua?


Kalau setuju pastikan semua pihak dan lapisan masyarakat mesti terlibat.
1. Pra sekolah - menyanyi, melukis, bercerita, bermain dan lain-lain yang kanak-kanak suka bagi memberi pendedahan awal dan penerapan nilai murni ini sejak peringkat kanak-kanak lagi.
2. Peringkat sekolah - adakan kurikulum, ko-kurikulum, aktiviti luar bilik darjah, kelab-kelab, tatacara perlaksanaan, fasilitator terlatih dan pemantauan yang berkesan.
3. Universiti - ko-kurikulum dan kurikulum, ekspedisi alam semulajadi berpandu, kelab-kelam alam sekitar/eklogi/penyelamat sungai.
4. NGO - aktiviti yang lebih agresif lebih kepada pendidikan dan pemantauan ikhlas.
5. Penduduk tempatan - kelab-kelab, belia surau, badan-badan lain.
6. Malah semua pihak dari kanak-kanak hinggalah ahli politik termasuk perancang bandar dan wilayah serta kontraktor pembangunan.
7. Kempen berterusan oleh pihak kerajaan, media, NGO dan golongan profesional
8. Komitmen kerajaan dari segi polisi, aktiviti terancang dan dana/kewangan
9. Komitmen dan penglibatan pihak swasta; aktiviti, kerjasama dan dana/kewangan.
10. Mengiktiraf tokoh, penggiat alam sekitar dan mencari tokoh-tokoh baharu.

No comments: