Tuesday, April 13, 2010

Konflik penyampaian maklumat berkesan, pencemaran dan konservasi

cuba lihat hari-hari berapa banyak kertas yang anda terima. kertas iklan yang anda terima di rumah. Iklan dari supermarket, iklan perumahan baharu, iklan baiki bumbung bocor, kelas tusyen dan lain-lain. Lihat pula di pejabat, berapa helai kertas pekeliling yang anda tidak perlu tetapi masih anda terima. Cuba kira berapa harga kertas yang dibazirkan. cuba tolak gaji pegawai yang membazir kertas yang berkenaan atau pegawai yang memberi arahan am dan tidak fokus.
hari-hari kita bercakap pasal penebangan pokok untuk kertas. hari-hari kita pikir pasal sisa pepejal, surat kabar lama, kitar semula. Hari-hari kita bincang pencemaran bahan kimia yang digunakan bagi memproses kertas (dioxin, logam berat, nutrien dsb.) dan hari-hari ada yang bercakap tentang kos kertas. ada juga pembekal kertas hari-hari sibuk mencari kertas.
cuba fikirkan konflik yang timbul antara orang yang berfikir tentang keberkesanan penyampaian maklumat, pencemaran dan konservasi.

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Kekayaan di cari, alam sekitar dihargai.

No comments: