Monday, September 6, 2010

Budaya di Universiti


Profesor hanya boleh menasihati pelajar. Hanya pelajar yang akan mengikuti nasihat profesor dan kalau bernasib baik pelajar berkenaan akan menjadi orang yang baik seperti profesor berkenaan (dengan harapan profesor berkenaan benar-benar berkualiti dan bukan kerana pilih kasih; sebab ada profesor yang 30 penerbitan ilmiah dalam jurnal dan ada profesor memerlukan 130 penerbitan ilmiah bersama aktiviti pengajaran, bimbingan pelajar dan pengembangan, sebelum diterima menjadi keluarga profesor di universiti)dan mengamalkan budaya, pemikiran dan ilmu dipelajari di tempat kerja yang baharu.
TETAPI seorang kerani boleh menasihati dan mengarah profesor melakukan sesuatu kerja dengan alasan beliau menjalankan tugas dan melaksanakan prosidur/amalan yang berkurun-kurun lamanya atau mewakili pemerintah universiti.
BAYANGKAN kalau arahan itu bukan tugas profesor, budaya lama, membazir dan melaksanakan prosidur yang belum mantap, bagaimana kita mahu bandingkan budaya kerja di universiti tempatan dengan Harvard, Yale, Tokyo, Cambridge atau Hong kong. RUJUK POST terdahulu!
FIKIR_FIKIR LAH untuk kecemerlangan bersama atau TUNGGU PENCEN!

No comments: