Tuesday, September 14, 2010

Sains itu Penting!

Sains penting dalam kehidupan. Sebab itulah:
1. Semua rakyat Malaysia diberikan pendedahan wajib kepada sains sejak tadika hingga tingkatan tiga.
2. tingkatan empat ke atas baharulah diberikan peluang untuk rakyat membuat pilihan samada untuk menjurus dalam bidang sains atau sebaliknya.
3. sains penting dalam membentuk keperibadian rakyat, membina personaliti, menjadikan manusia yang mampu berfikir.
4. sains sebenarnya memberikan kefahaman tentang Pencipta melalui kemampuan berfikir secara logik, analisis penemuan-penemuan baharu dan penemuan yang tidak berakhir serta keindahan alam semulajadi dan sistem yang terlibat di dalamnya.
5. memandangkan pendidikan sains di Malaysia sejak merdeka sepatutnya semua rakyat Malaysia sudah mampu berfikir secara saintifik dalam menjalankan kehidupan seharian, perhubungan sesama manusia (rakan setugas, jiran sebelah rumah dan memandu di jalan raya), membuat keputusan untuk diri sendiri dan masyarakat.

__________________________________________________

Kenapa kita masih hadapi dalam masalah kehidupan?
Kerana kita tidak menghayati sains
Maka kita tidak mampu berfikir
Sebab itu kita masih berkempen tentang 3R, go-green dan jimatkan kertas A4

No comments: