Wednesday, September 22, 2010

Research University, Teaching University & Publication University


Biasanya seorang pensyarah di universiti terlibat dalam pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan, pengembangan dan pentadbiran. Gabungan yang mantap akan menjadikan seorang pensyarah yang seimbang dan cemerlang.
Universiti penyelidikan telah merubah tanggapan ramai orang dan ramai pensyarah telah menumpukan kepada penerbitan semata-mata. Sumbangan mereka dalam penerbitan pula diiktiraf jauh lebih baik daripada pensyarah yang menyumbang kepada pengajaran dengan ganjaran dan kenaikan pangkat, malah pensyarah yang seimbang dalam semua tugas pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan, pengembangan dan pentadbiran turut tertinggal. Kearah mana universiti kita dalam membangunkan intelek negara dan kemahiran sumber manusia profesional. Kita tidak menolak universiti perlu menyumbang kepada penemuan yang baru dan penerbitan dalam jurnal terkemuka di dunia TETAPI negara dan rakyat juga memerlukan sumbangan cendik pandai di menara gading.

No comments: