Saya rasa sedih apabila mendengar ceramah dari seorang yang mempunyai ijazah PhD (telah melalui latihan penyelidikan, menganalisis maklumat, mentafsir dan membuat kesimpulan serta mencadangkan kajian selanjutnya) dan menghafal alQuran bertanyakan soalan YANG MANA LEBIH PENTING BELAJAR MEMBACA ALQURAN ATAU MEMPELAJARI SAINS DAN MATEMATIK UNTUK MENJADI SEORANG JURUTERA ATAU DOKTOR? soalan begini mencabar Islam dan Al-Quran kerana dalam alQuran ada banyak tentang sains dan kehidupan. Belajar alQuran bermakna belajar sains, mengamalkan perintah alQuran memahami sains, mendalami ilmu sains dan melaksanakannya. Memahami sains dan mendalami ilmu itu akan lebih menguatkan iman, mengakui kebesaran Allah sebagai pencipta dan menjaga sistem alam ini. Malangnya ramai yang mengangguk dan mengiakannya. Tidak nampak pun yang menggeleng. Pendengar rata-rata jurutera, guru, PTD, CEO, Dato', Tan Sri, Ustaz, Masters PhDs dan pegawai kanan kerajaan yang pencen. Kalau begini berterusan dalam masyarakat Islam, tidak hairan kenapa Palestin masih bergelora, semua negara Islam tidak stabil dan orang Islam ketinggalan.
Setelah berbincang dengan kawan-kawan maka fahamlah saya penceramah sebenarnya mempunyai sekolah menghafal alquran (Tahfiz). Kita menyokong belajar alQuran tetapi AlQuran tidak menidakkan mempelajari sains. Malangnya penceramah menyampaikan maklumat tidak tepat tentang alQuran. Persoalannya Siapakah Melemahkan Islam? Budaya sekarang menggunakan masjid untuk berceramah, memperkenalkan produk, menjual produk dan meminta derma. Kaji kejatuhan Islam adad ke 14, 15 dan 16.
Friday, March 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment