Apa yang boleh menggagalkan program transformasi kerajaan?
Dari kajian ringkas di Malaysia ada empat perkara penting yang boleh menggagalkan transformasi kerajaan.
1. Keperluan asas rakyat.
2. Pentadbiran (orang/pegawai/sikap/kemahiran dan sistem)
3. Pemimpin masyarakat (ahli politik/ketua kampung)
4. Taraf kehidupan (pendapatan dan keperluan kehidupan harian)
Setiap Institusi/Jabatan Kerajaan mesti memikirkan hal ini bagi melancarkan program transformasi yang diinginkan. Atau transformasi diakhiri dengan protes.
Misalnya dalam persekitaran universiti:
1. Rakyatnya adalah pelajar dan pensyarah. Pemerintah sangat bergantung kepada mereka untuk melaksanakan dan menjayakan transformasi yang dirancang.
2. Pentadbiran adalah Naib Canselor dan agen-agennya, pendaftar dan kakitangannya, semestinya mahukan transformasi berjaya. Maka sistem dan perlaksanaannya mestilah mantap. Mereka diberi kuasa penuh dalam proses menjayakannya.
3. Persatuan Pelajar, Persatuan Pegawai Akademik, Persatuan Pekerja dan Isteri-isteri pekerja akan melihat kebajikan mereka dan keluarga tidak terabai dalam proses mencapai wawasan transformasi. Persatuan ini akan memastikan keseimbangan pekerjaan dan kehidupan serta memastikan transformasi yang diinginkan tercapai.
4. Pendapatan selaras dengan jawatan, kelayakan, kemahiran dan nilai sumbangan. Institusi memastikan pekerja tidak tertindas dari segi ganjaran agar kesejahteraan kehidupan rakyat berlaku dengan adil. Kesejahteraan rakyat meningkatkan produktiviti institusi.
Thursday, March 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment