Wednesday, March 9, 2011

Hasil Penyelidikan untuk Masyarakat: Berilmu & Berbakti


Baru-baru ini MoU UPM-MPSJ telah diadakan sebagai perkongsian bijak antara UPM dan MPSJ. Hasil kajian yang berjaya di UPM boleh dilaksanakan di kawasan MPSJ bagi kegunaan penduduk. UPM sebagai universiti ulung yang terletak di kawasan MPSJ dapat menyumbang kepada komuniti terutamanya dalam menjayakan hasrat kerajaan menaik taraf pendapatan masyarakat kepada berpendapatan tinggi. Masyarakat setempat, ketua kampung, ahli majlis dan MPSJ menerima baik sumbangan UPM. Pelancaran rasmi projek akan diadakan dalam masa terdekat. Sesungguhnya sains asas itu penting dan dapat membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian manusia.

No comments: