Sunday, March 25, 2012

Budaya kroni dan sanak saudara dalam korporat. Apakah ini Akan menjamin kejayaan negara?

Kalau kita faham ilmu ekologi dan genetik populasi, mungkin kita tidak dapat menerima konsep kroni dan sanak saudara menopoli jawatan, latihan, pengajian, kerja sambilan, perniagaan dan lain-lain dalam sesebuah organisasi. Kalau ini berterusan syarikat ini akan menuju keruntuhan. Dalam hutan semulajadi kita banyak belajar dan melihat tentang kestabilan hutan, proses pendebungaan untuk menghasilkan pokok generasi hadapan yang mantap memerlukan angin, serangga, mammalia, dan manusia juga. Ini adalah bagi menjamin kualiti pokok hutan juga mampu menghadapi masa hadapan. Begitu juga kita pernah mendengar kawin campor dikalangan manusia untuk mendapatkan generasi yang baik, tidak mengamalkan kawin antara keluarga terdekat, dan raja-raja juga tidak berkahwin antara mereka sahaja bagi memastikan generasi raja yang murni. kalau kita lihat dalam sekolah berasrama, Jabatan kerajaan, badan korporat kerajaan banyak mengamalkan kronisma, sanak saudara dan siapa anda. Lama-lama budaya ini Akan melumpuhkan negara dan lemah rakyatnya. Kalau negara maju memburu bakat kita memburu sakat, nampaknya Malaysia masih berangan untuk maju. Buangkan budaya kronisma, hearsay, ceremonial & popularity kalau untuk maju. Meritokrasi mesti diwarisi.

No comments: