Monday, September 17, 2012

Perusahaan keropok leko di tepi jalan mungkin untuk pelancongan atau untuk makanan tempatan. Namun begitu boleh juga diusahakan dan dengan teknologi terkini untuk perniagaan makanan yang lebih besar. Mungkin memerlukan usahawan bukan melayu untuk memajukan seperti dodol di Melaka.

 Pengusaha makanan di Malaysia secara besar-besaran terdiri daripada orang cina. Produk mereka luas dipasaran dan mudah didapati. Cuma kualiti kadang-kadang tidak serupa dengan keluaran tempatan. Maka saya sudah cadangkan di merata-merata termasuk JAKIM dan Jabatan Pertanian agar pengusaha makanan bukan Islam menguasai ilmu penyediaan makanan halal dan latihan, pendidikan serta  penguatkuasaan mesti dilakukan oleh pihak berwajib. Kalau tidak minta maaf isu makana halal hanya bahan ceramah di masjid semata-mata dan khayalan masyarakat Islam.

No comments: