SEBUAH pusat menyimpan data mengenai seseorang graduan mesti ditubuhkan untuk mengelakkan kes pemalsuan ijazah. Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Ahmad Ismail berkata, pusat tersebut boleh dinamakan sebagai bank data graduan memandangkan kaedah pengumpulan data satu pusat perlu wujud untuk mengelakkan jenayah terhadap kelulusan akademik. “Bank tersebut mesti mengandungi data pembelajaran seseorang penuntut seperti nombor kad pelajar, nombor siri sijil kelulusan dan juga rekod ketika penuntut berkenaan menyediakan tesis atau penyelidikan. “Kerajaan perlu pertimbangkan mengenai cadangan seumpama ini supaya majikan dapat membuat semakan terus tanpa perlu melalui birokrasi (bagi mengesahkan ijazah calon pekerja) yang kadangkala melecehkan. Ini kerana, dalam kes ijazah palsu, pihak yang teraniaya adalah majikan. "Bank data ini bukan sahaja untuk penuntut atau graduan universiti tempatan, tetapi juga pensyarah kerana ada juga kemungkinan pemalsuan bidang kepakaran pensyarah walaupun kebanyakannya boleh dirujuk kepada laman sesawang universiti berkenaan. “Selama ini, kita tidak ada satu sistem pusat yang mudah untuk para majikan membuat semakan bagi mengesahkan sesuatu sijil itu tulen.
1. School of Ocean Sciences, University of Wales, Bangor, UK. 2. Atmospheric & Ocean Research Institute, The University of Tokyo, Japan. 3. Ehime University, Japan 4. Kagoshima University, Japan 5. Visiting Professor to Nicolas Copernicus University, Torun, Poland
NGO,
Malaysian Ecological Society (PEM) (President)
Malaysian Academic Association Congress (MAAC)
Malaysian Nature Society (President 2018-. Vice President 2012-2016)
Malaysian Zoological Society (Formerly was Council Member and Vice President)
Universiti Putra Malaysia Academic Associations (Past-President)
No comments:
Post a Comment