Sunday, October 17, 2010

Harapan Kepada Graduan dalam Transformasi Negara


1. Graduan mesti mempunyai nilai kreativiti dan inovatif yang tinggi bagi memastikan mereka mampu menghadapi perubahan yang cepat dan mencabar dalam pasaran kerja semasa. Graduan juga mesti mampu membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup masyarakat. Graduan mesti mampu untuk bergerak kehadapan bersama proses transformasi Negara dan menyokong Model Baharu Ekonomi (MBE).
2. Graduan disiplin pertanian tropika diseru terlibat menyelesaikan masalah berkaitan dengan sumber asli dan komoditi pertanian. Tenaga pakar daripada para graduan UPM diharap dapat menyelesaikan masalah-masalah itu selaras dengan tagline UPM, Peneraju Dunia Dalam Pertanian Tropika Baharu.
3.Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) harus bertanggungjawab menerajui teknologi hijau bagi mendidik masyarakat akan pentingnya teknologi tersebut kepada generasi masa depan. UPM mampu merealisasikan matlamat teknologi hijau bagi mengurangkan jumlah pencemaran karbon dalam kehidupan masyarakat kerana penyelidikan itu telah mencipta pelbagai inovasi hijau untuk menerajui kehijauan dunia. UPM akan terus membuat penyelidikan teknologi hijau untuk menjamin kehidupan yang berkualiti.
4.Para graduan juga harus memajukan negara selaras dengan aspirasi Model Baharu Ekonomi (MBE) dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Graduan perlu menampilkan pembaharuan dari segi budaya kerja dan sikap persekitaran termasuk meningkatkan produktiviti melalui inovasi dan kreativiti serta peka terhadap alam sekitar dan masyarakat. Pencapaian matlamat MBE boleh dicapai dengan mengukuhkan kualiti modal insan melalui tenaga mahir dan terlatih melalui pelbagai program akademik dan ko-kurikulum.
__________________________________________________
Adakah harapan itu tepat dengan persiapan yang diberikan kepada mahasiswa sepanjang mereka di universiti melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum? UPM misalnya sebuah universiti yang terkenal sejarahnya dalam bidang pertanian dan sebuah universiti penyelidikan yang terulung di Malaysia mungkin telah mampu menyediakan graduan yang dapat memenuhi harapan negara.

No comments: