Thursday, October 21, 2010

Sambungan Tajuk Kepemimpinan

Kepimpinan dalam akademik misalnya perlu dibentuk dari usia muda. keanggotaan dalam jawatankuasa di kalangan ahli akademik muda penting agar mereka faham dan menghayati perkembangan sesebuah universiti, arah tuju, budaya dan pendekatanntya. Kalau semasa pelajar hanya tumpukan kejayaan akademik, masa kerja tumpukan kepada penerbitan semata-mata maka apabila sampai masa menjadi ketua otak dan pemikiran tertinggal dalam tabung uji, mikroskop atau di atas pokok di hutan. Agihan tugas, pemarkahan kenaikan pangkat, kenaikan gaji semuanya perlu dilihat semula. Tenaga muda melebihi tenaga orang lama, tetapi pengalaman orang lama tidak mungkin kurang dari orang muda.

No comments: