Sunday, October 3, 2010

Kelab Pencinta Alam Malayan Nature Society-Kementerian Pelajaran Malaysia


Hari ini 3 October 2010 majlis penutup Kem Kelab Pencinta Alam selama 3 hari anjuran MNS, Kementerian Pelajaran Malaysia dan di taja oleh Siemen telah di adakan di Bagan Lalang Selangor. Peserta di berikan pendidikan dan pengalaman tentang ekosistem hutan bakau, persisiran pantai dan isu-isu yang berkaitan. Para peserta kumpulan ini terdiri daripada murid sekolah rendah dari seluruh Malaysia. Program seumpamanya sebelum ini telah pun dijalankan bagi kumpulan sekolah menengah dari seluruh Malaysia Julai 2010 lepas. Majlis di sempurnakan oleh Prof Dr Ahmad Ismail, Penasihat Program Pendidikan Alam Sekitar MNS-Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments: