Friday, October 15, 2010

Priority Areas for Internationalisation of the Universities II

Pada bulan Ogos dulu saya telah menyenaraikan 11 keutamaan untuk menjadikan sebuah universiti itu bertaraf antarabangsa. Sekiranya ditinjau pendapat atau pandangan kakitangan dan pelajar universiti, tidak ramai yang faham proses pengantarabangsaan universiti. Lebih-lebih lagi kakitangan sokongan, malah ada ketua jabatan dan pengurusan utama fakulti pun tudak jelas tentang pengantarabangsaan misalnya program mobiliti pelajar atau pertukaran pelajar antarabangsa. Apadia "student mobility", apakah langkah-langkah dan strateginya, apakah target sesebuah fakulti itu, penilaian pencapaian, kemudahan makmal, tempat tinggal, pengangkutan, sokongan dan lain-lain. Kakitangan yang terlibat dalam menggalakkan program ini dan membuka laluan untuk pertukaran pelajar tidak diberi perhatian antara tanda pihak pengurusan tidak prihatin atau tidak berminat dengan pengantarabangsaan cara ini. Begitu juga program mou. Banyak perkara yang melibatkan mou, bukan sahaja tandatangan, tepuk tangan dan makan tetapi lebih dari pada itu. Perlu dilihat dari mula perkenalan, kerjasama, pembentukan mou, bajet, perancangan selama mou dan selepasnya. Apa perbezaan mou terduduk/top down dengan mou yang dibangunkan dan kerjasama sebenar?

No comments: