Saturday, September 17, 2011
Antara mohon kerja dan mohon naik pangkat
Kadang-kadang dilema apabila kita tengok orang kerja untuk naik pangkat berbanding orang kerja untuk syarikat atau majikannya. Masa mohon kerja selalunya mengikut keperluan majikan atau syarikat berkaitan. Sepatutnya apabila dah dapat kerja, maka pekerja akan bekerja mengikut bidang tugas atau kerja yang diberikan. Penilaian untuk kenaikan pangkat adalah mengikut kriteria dan kecekapan bekerja yang memberikan keuntungan kepada majikan. Yang menjadi persoalan apabila untuk naik pangkat pekerja mesti mohon dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Maka bagi yang pandai mengambil kesempatan akan fokus kepada kriteria dan memenangi hati bos untuk naik pangkat. Kadang-kadang nampak tidak adil. Maka kadang2 majikan kena lihat pencapaian staff dan menawarkan untuk naik pangkat berdasarkan pencapaian staff terutamanya bagi jawatan tertinggi. Kadang-kadang juga tidak adil bagi pegawai yang sudah lama berkhidmat dalam sesuatu institusi dinilai oleh orang yang tak mengenalinya dalam masa 1 atau 2 jam temuduga naik pangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment