Saturday, September 3, 2011

Visi tidak datang dari langit. Visi dan misi mesti bergerak seiring. Tanpa tindakan segalanya menjadi khayalan

Cita-cita untuk menjadi universiti kelas dunia.
Pelbagai plan, strategi dan tindakan di adakan.
Tindakan peringkat akar umbi sangat penting bagi memastikan kejayaan cita-cita.
Pemimpin mesti bijak merancang bukan sahaja menagih hasil untuk dipublisitikan.
Pelbagai kayu ukur dibuat untuk mencapai cita-cita: kewangan, kemudahan, kualiti staf, kurikulum baharu bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran kerja, pengantarabangsaan melalui pertukaran pelajar, pertukaran staf, kerjasama pintar dengan universiti luar negara dan agensi tempatan.
Apa pun pengurusan peringkat akar umbi dan kekuatan staf sangat penting bagi menarik pelajar berkualiti, memacu kecemerlangan staf dan membina rasa kepunyaan dan tanggungjawab.

No comments: