Friday, September 9, 2011

Siapa patut menjuarai program ini. Adakah suatu lagi upacara di Malaysia atau suatu jaminan masa hadapan negara untuk generasi akan datang?

Utusan on line. KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kelab MyAgrosis akan ditubuhkan di semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi menggalakkan lebih ramai pelajar institusi tersebut mengerjakan aktiviti pertanian moden di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan semua IPTA berhubung perkara tersebut dan telah mengenal pasti beberapa tapak yang sesuai bagi aktiviti tersebut.

"Melalui MyAgrosis, pelajar akan dilatih dalam mengerjakan tanaman, ternakan dan pemprosesan makanan menggunakan teknologi terkini bagi dipasarkan secara komersial"

Beliau berkata satu memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama Kementerian Pengajian Tinggi pada bulan Disember ini bagi memastikan program berjaya.

Katanya, projek perintis bagi aktiviti tersebut akan bermula di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani pada bulan depan melibatkan 140 pelajar yang akan memulakan penternakan ikan.

Tambahnya, Agrobank telah bersetuju untuk memberikan RM10 juta untuk membiayai program tersebut manakala beliau akan berbincang dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) bagi menambah dana tersebut kepada RM20 juta.

"Pembiayaan ini diberikan kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka dan berminat untuk meneruskan momentum aktiviti pertanian tersebut. Sekeping kad akan diberikan kepada pelajar tersebut bagi membuktikan mereka adalah ahli MyAgrosis,"

No comments: