Wednesday, October 24, 2012

Anugerah Cemerlang: Siapa tentukan, apakah kriteria dan apa kata rakan sejawat?

Anugerah cemerlang kita kena lihat sebagai satu motivasi untuk ahli jabatan. Bukan setakat mendapat ganjaran dan sijil serta naik pentas berjabat tangan dengan bos. Maka penilaiannya mestilah menggambarkan penilaian ahli juga. Sekirannya ahli tidak menghormatinya akan memberikan kesan negatif kepada kualiti jabatan dan pimpinan. Sekiranya pemenang anugerah tidak cemerlang di jabatan atau pejabat, tiada sumbangan apa-apa dari segi idea, moral dan sebagainya, jarang datang kerja, tiada komunikasi dengan ahli-ahli jabatan maka dia tidak boleh menjadi contoh dan model kepada ahli lain untuk cemerlang. Berdiam diri melakukan tugas untuk kecemerlangan diri tidak bererti cemerlang. Malah akan meruntuhkan semangat ahli dan menjadi contoh yang tidak baik sekali gus hilang rasa hormat ahli kepada pimpinan. Budaya ini salah dan memuja opportunist, orang yang cemerlang untuk diri dan melantik mereka menjadi ketua adalah amalan yang salah. orang ini akan terus menggunakan kemudahan yang ada untuk dirinya apabila diberi peluang. Pimpinan mesti sedar hal ini sekiranya inginkan organisasi berjaya.

No comments: