Thursday, October 25, 2012

Kursus keusawanan bukan setakat kursus" finishing school" tetapi memerlukan masa yang lebih panjang dan sistematik. Idea ini telah dicadangkan lebih 4 tahun dahulu untuk dilaksanakan. Tetapi kita suka untuk mencari jalan mudah, murah, cepat, mudah orang faham dan publisiti murah. Kita kena sentiasa cepat, kreatif dan dihadapan utuk maju.

KPT wujud dua program tingkat kebolehpasaran graduan

Utusan Malaysia: PUTRAJAYA 23 Okt. - Bermula tahun depan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan dua program berimpak tinggi khusus untuk melatih kebolehpasaran penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) selepas tamat pengajian.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program keusahawanan dan kebolehpasaran graduan serta program pembangunan pelajar akan dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM179.5 juta.
Katanya, menerusi program tersebut, penuntut akan dilatih untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kecenderungan sebagai usahawan.
"Kita hendak tekankan dalam program keusahawanan ini supaya selepas tamat pengajian para graduan ini tidak menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan.
"Program ini dibuka kepada semua tetapi dalam masa sama setiap penuntut perlu terlibat secara aktif tidak boleh hanya mengikuti pembelajaran dalam kelas jika tidak ia gagal memberi sebarang kesan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPT di sini hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, kajian yang dilakukan di beberapa negara dan universiti mendapati pendekatan terbaik untuk melahirkan seorang usahawan ialah menerusi pendidikan di universiti.
Katanya, hal demikian ini kerana negara dan dunia sedang berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan usahawan yang mempunyai idea kritis, inovatif dan kreatif.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan (GET) dipengerusikan secara bersama antara KPT dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini.
Katanya, jawatankuasa tersebut bertujuan memantapkan konsep terkandung di dalam Blueprint Kebolehpasaran Graduan yang akan dilancarkan pada Disember ini.
"Jawatankuasa ini juga dibentuk supaya program yang dilaksanakan kedua-dua pihak tidak bertindih.
"Kita juga akan melihat pada program sedia ada di IPT mengikut kehendak industri atau tidak seperti program kedoktoran, apakah keperluan tambahan yang perlu dimasukkan untuk dimantapkan," katanya.
Utusan:

No comments: