Friday, July 30, 2010

7th Annual Scientific Meeting & International Seminar Marine Resources for National Prosperity

Poster ini sekarang berada di seluruh dunia. Dari Amerika Syarikat ke China, Dari Jepun ke Malaysia dan Indonesia setengah dunia. Paling kurang di seluruh Indonesia yang mengambil masa 10 jam dengan kapal terbang untuk sebarkannya, di NOAA - National Oceanic and Atmospheric Administration, USA, First Institute of Ocean PR China dan di The Univ. of Tokyo, Japan. Termasuk juga di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, universiti no. 1 di Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara maritim sepatutnya juga ke hadapan dan Stesen Marin di Port Dickson itu menjadi Juaranya. Sudah sampai masanya peneraju bidang ini atau juara sebenarnya diberikan pengiktirafan dan seluruh pemimpin universiti dan institusi penyelidikan belajar menghargai sumbangan sebenar kepakaran seseorang. Kita telah banyak mengamalkan memberi anugerah kepada pelakon yang dilihat di depan mata. Bukan sahaja kita perlu berfikir di luar kotak tetapi juga keluar dari kepompong setelah dewasa.

No comments: