Wednesday, July 14, 2010

Apakah Kesan Korek Pasir Keatas Ekologi, Politik dan Ekonomi Jangka Panjang

Sangat hangat perbincangan tentang aktiviti korek pasir yang sedang berlaku di Negeri Selangor sekarang ini. Perbincangan hangat di kaki lima, surat khabar, dewan undangan negeri dan parlimen. Apakah isu ini isu politik, isu alam sekitar atau isu ekonomi? Rakyat sepatutnya boleh menilai atau sekiranya tidak mampu rujuklah kepada pakar. Mungkin tidak ada orang yang boleh menyelesaikan masalah sebenar kepada isu korek pasir ini kerana kita tidak mempunyai data asas yang lengkap.Mungkin mulai sekarang kita perlu mempunyai data lengkap tentang sumber asli negeri dan perancangan pembangunan, penggunaan dan konservasinya.

No comments: