

______________________________________________
Kerjasama yang telah lama dijalankan oleh individu tertentu boleh dikembangkan untuk di lakukan antara universiti di Malaysia dengan ITB yang bukan sahaja melibatkan kakitangan akademik tetapi juga pelajar. Pertukaran pelajar antara dua agensi ITB dengan IPT di Malaysia akan mendatangkan banyak kebaikan dan pengalaman kerana bukan sahaja kemudahan berbahasa tetapi juga dekat dan lebih murah berbanding dengan negara lain. Ada antara profesor di ITB juga menjadi rujukan kepada ahli sains antarabangsa terutama dalam hal biodiversiti dan ekologi tropika. Antara mereka yang telah lama bekerjasama dengan saintis Malaysia juga bekerjasama dengan saintis dari Jepun, Australia, Eropah dan Amerika. Ada antara aktiviti penyelidikan tentang biodiversiti dan ekologi di Malaysia dan Indonesia diselaraskan oleh orang Malaysia dan melibatkan ahli sains Jepun dan Eropah. Malaysia dan Indonesia antara negara yang teratas dalam biodiversiti dunia. Apa tindakan kita? Lebih banyak gran penyelidikan tentang biodiversiti?
No comments:
Post a Comment