Tuesday, May 14, 2013

More publicity and support from public on cycling on campus.


 
Program Kayuhan Hidup Sihat MPSJ Siri 3/2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM),
program anjuran bersama MPSJ dan UPM itu diadakan bertujuan menerapkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat melalui aktiviti sukan kayuhan basikal secara berkumpulan. Selain itu, melalui program seperti ini ia mampu meningkatkan imej MPSJ selaku pentadbir perbandaran yang mesra rakyat dan alam sekitar. Program ini juga dilihat berupaya menggalakkan penggunaan basikal untuk tujuan riadah, Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Akademik UPM Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, program yang dianjurkan itu berbentuk santai dan bukan perlumbaan."Seramai 80 peserta yang terdiri daripada 50 pelajar UPM dan 30 kakitangan MPSJ menyertai program kayuhan ini. "Para peserta akan berbasikal secara berkumpulan sejauh 30 kilometer mengelilingi keseluruhan kawasan kampus UPM dan kawasan perumahan Seri Serdang," katanya. Program kayuhan tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira 12 tengah hari.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/kota/20130513/wk_03#ixzz2TFnGYaXg
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: