Saturday, July 18, 2009

Kenapa Manchester United Lebih Popular dari Malaysia


We love you Man U: Some of fans waving at the players being ferried off in the bus.

PARA pemain Manchester United mengadakan latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjelang perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan petang esok. Sesi latihan petang ini turut disaksikan oleh ribuan peminat tempatan.
Gambar -UTUSAN/NIZAM SAAHARI


Kenapa di negara kita pasukan bola sepak Manchester United lebih popular dari pasukan bolasepak Malaysia, negara sendiri? Kerana jati diri?, perniagaan mengatasi segalanya, kualiti permainan, atau memang orang Malaysia memang suka menyanjung orang luar?


United setuju main sekali lagi jumpa Malaysia
18/07/2009 8:54pm
KUALA LUMPUR 18 Julai - Berita baik buat peminat fanatik Manchester United apabila juara Liga Perdana England itu bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia, Isnin ini.
Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam itu diatur penganjur, Pro Event bagi menggantikan perlawanan menentang Indonesia di Jakarta yang terpaksa dibatalkan kerana insiden letupan bom yang berlaku di negara itu.
Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua United-Malaysia ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308. - Utusan

No comments: