Monday, July 27, 2009

Sikap Mahasiswa Perlu Jelas Haluan dan Cita-cita

Students now are very passive in learning, less creative and depending on what lecturer gave them. They are not very serious in digging unknown information. What they one just marks. This make easy for the lecturers, just gave them marks instead of new knowledge and guiding them to uncover new things in specific fields. They cannot distinguish between teachers in schools and professors in the university. All students must change now to respons to what our PM wants.

Guna kewarasan berfikir - PM
Oleh NOR SEDEK ISMAILpengarang@utusan.com.my

Kajilah pernyataan PM ini.

SHAH ALAM 26 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan mahasiswa menggunakan kewarasan berfikir dalam menapis maklumat berhubung sesuatu isu yang timbul di negara ini.
Perdana Menteri berkata, golongan itu perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan daya intelektual supaya mereka tidak terjerumus dalam budaya memfitnah.

Jelas beliau, kerajaan mahu melihat kepimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur pemikirannya kerana ia merupakan input besar kepada kejayaan negara.
"Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan.
"Adalah menyedihkan jika ada di kalangan mahasiswa yang berpotensi mengetuai gerakan pelajar tetapi tidak tahu hendak menterjemahkan kepimpinan mereka supaya memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat keseluruhannya," katanya.
Perdana Menteri memberi jaminan, kerajaan akan sentiasa menyokong sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpin-pemimpin baru bersandarkan landasan yang betul.
"Janganlah kegiatan mahasiswa bersifat 'syok sendiri' dan lupa kepada asasnya iaitu membantu dan membimbing golongan muda untuk mencapai impian mereka," ujarnya.
Beliau menambah, tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan perlu dielakkan kerana ia akan mencemarkan gerakan mahasiswa sendiri.
Najib juga mahu mahasiswa memenuhi ilmu di dada dengan menjadi seorang pemimpin yang menguasai pelbagai bahasa dan pelbagai kemahiran kerana pada zaman sekarang, penguasaan minda adalah penentuan kepada kecemerlangan sesuatu bangsa.

Bagi mengiakan harapan PM itu mahasiswa mestilah jelas haluan dan cita-cita mereka serta jujur dengan diri sendiri dalam membina intelek, kemahiran dan kekuatan diri. Budaya tidak jujur seperti tidak datang kuliah tetapi meminta kawan menandatangani (memalsukan) kedatangan, budaya "cut and paste" dalam melakukan kertas kerja, kurang daya kritis dan kreatif, budaya menghafal dan beri balik dalam peperiksaan, kurang kemampuan berhujah, tidak fokus dan berdiam diri apabila disoal dalam bilik darjah, budaya mengharapkan nota kuliah, tiada atau kurang semangat sukarelawan dan tidak mahu berusaha serta mengikut arahan pensyarah tidak akan dapat menjayakan harapan PM untuk menghasilkan graduan yang intelek, kreative, mampu mengujudkan kerjaya sendiri dan berdaya saing di peringkat global. Sikap mahasiswa perlu berubah segera. Seperti yang pernah saya katakan belajar di universiti tidak sama seperti di sekolah. Hubungan dan interaksi antara mahasiswa dengan pensyarah/profesor sangat penting kerana ilmu, idea, panduan dan kepakaran serta kemahiran boleh dibentuk melalui atau bersama mereka. Ambillah peluang yang ada dan binalah diri untuk masa hadapan. Ada wawasan dan jujur dengan diri sendiri. ONE MALAYSIA.

No comments: