Tuesday, October 6, 2009

Future Malaysian Leaders Should be Developed Since They are in The University

Tun Mahathir dalam perbincangan khas dengan Kumpulan Melayu Serdang di tingkat 86 Menara Kembar Petronas 6 Oktober 2009 (gambar Dr. Ahmad Ismail)

Bagi generasi akan datang terutama orang Melayu perlu membuat persediaan lengkap bagi menghadapi Malaysia Maju selepas 2020. Mahasiswa universiti perlu terlibat dalam perancangan untuk masa hadapan negara. Kemahiran Memimpin perlu dipupok sejak di universiti dengan melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan pengurusan organisasi. Dengan bergiat dalam persatuan mahasiswa akan lebih analitikal dalam berfikir dan menganalisis maklumat. Sejarah sangat penting dianalisis dan perlu belajar dari peristiwa yang berlaku. Masa hadapan mungkin Malaysia perlu pihak ketiga dalam menguruskan negara selain dari pihak pemerintah dan pembangkang. Justeru itu mahasiswa terutamanya Melayu yang menjamin ketenteraman dan keharmonian Malaysia sepanjang masa perlu lebih aktif membina kekuatan, keilmuan, jatidiri, keyakinan, keberanian dan kualiti kepimpinan.

Apa Tun Dr. Mahathir kata dalam Utusan Malaysia 6 Oktober 2009;

"Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri"

"namun pemimpin dan anggota termasuk dari akar umbinya perlu bijak dan berani dalam bertindak"

"pelajar bumiputera untuk lebih berani bersaing dengan kaum lain, termasuk memilih untuk belajar di institusi pengajian tinggi swasta yang tidak didominasi oleh bumiputera seperti UiTM"

No comments: