Wednesday, October 14, 2009

Racun Lagi

1,000 kanak-kanak di China keracunan plumbum
14/10/2009 3:48am Utusan on line.
BEIJING 13 Okt. - Hampir 1,000 orang kanak-kanak yang tinggal berdekatan kawasan melebur bijih timah di daerah tengah Henan di China didapati positif mengandungi tahap plumbum yang tinggi dalam darah mereka.
Menurut Pengarah Biro Kesihatan bandar Jiyuan, Wei ZongChang, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan darah ke atas 2,743 kanak-kanak bawah 14 tahun selepas satu laporan mengatakan bahawa terdapat sejumlah besar kes keracunan plumbum didakwa berlaku di daerah kejiranan Shaanxi.
Tanda-tanda keracunan itu ditemui pada 968 orang kanak-kanak yang tinggal berdekatan tiga kawasan peleburan bijih timah terbesar, menurut Agensi Berita Xinhua.
Ia merupakan kes terkini dalam siri keracunan plumbum paling teruk melibatkan ratusan kanak-kanak di seluruh China - satu petunjuk bagaimana kemajuan pembangunan ekonomi telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang buruk.
Laporan yang sama turut didapati di daerah Yunnan, Fujian dan Shaanxi beberapa bulan kebelakangan ini. - AP

No comments: