Wednesday, October 14, 2009

Pecapaian Diutamakan Pelanggan didahulukan dan 1 Pasukan


Dalam usaha mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita banyak perkara perlu dilakukan. Antaranya ialah;

1. Menentukan matlamat dan cita-cita dengan jelas dan memahamkan matlamat dan cita-cita itu kepada semua ahli dalam organisasi.

2. Mengagihkan peranan dan tugas mengikut kesesuaian masing-masing misalnya golongan sokongan, perkhidmatan, kebajikan, perlaksanaan dan pelanggan faham apa yang mereka patut lakukan dan apa yang mereka kehendaki bagi mencapai kehendak atau matlamat organisasi.

3. Elakkan perasaan penguatkuasaan dan hukuman membabi buta. Lebihkan perkhidmatan, memudahcara dan ganjaran. Misalnya bahagian gaji, bahagian cuti, bahagian perkhidmatan perubatan, bahagian kaunseling, jaminan prosidur perlaksanaan, bahagian kebersihan, keselamatan dan fungsi peralatan.

4. Semua bahagian mesti bangunkan staf tentang sikap positif, ingin maju dan membantu mencapai matlamat organisasi . Staf tahu tugas masing-masing, bekerja dengan tekun, bersungguh, jujur, ikhlas, menepati tarikh keperluan serta kualiti dan kuantiti kerja. Staf sokongan juga tidak mengganggu atau mencuri masa tugas kumpulan lain terutama kumpulan pelaksana misi bagi mendapatkan pencapaian atau produk maksima/terbaik. Malah sentiasa menyokong dan memberikan perkhidmatan maksima bagi keselesaan dan kesempurnaan kepada kumpulan pelaksana misi ini.

5. Pastikan semua staff mempunyai perancangan kerja untuk mencapai matlamat tertentu. Misalnya kumpulan pelaksana dan pelanggan memastikan mereka berinteraksi dengan berkesan sehingga mencapai matlamat dan cita-cita organisasi. Setiap staf mempunyai perancangan kerja harian, mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya mengikut matlamat yang ditentukan. Mungkin kita kena kaji bagaimana Manchester United terus berjaya dan sentiasa teratas dalam liga bola sepak England dan mempunyai peminat di seluruh dunia , bagaimana The Tokyo University Japan sentiasa di atas di Asia, Singapore University (jiran kita) juga jauh lebih baik dari kita atau mana-mana contoh lain.

No comments: