Wednesday, October 7, 2009

good news

Kedah warta 121,000 hektar hutan simpan
07/10/2009 6:21pm utusan
ALOR SETAR 7 Okt. — Kerajaan Kedah akan mewartakan 121,905 hektar kawasan hutan sebagai hutan simpan. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, mesyuarat exco minggu lepas telah meluluskan kawasan seluas 76,205 hektar untuk diwartakan sebagai tambahan kepada hampir 45,700 hektar yang diluluskan sebeþum ini. “Selepas diwartakan, kerajaan negeri akan membuat tuntutan kepada Kerajaan Pusat supaya menggantikan kerugian itu kerana kehilangan hasil dengan geran tahunan. “Pewartaan itu bermakna kawasan tersebut tidak boleh diceroboh atau diambil balak menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil kira-kira RM3.2 bilion,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco di sini hari ini. - Bernama

Banyak aktiviti dapat dilakukan bagi memberikan peluang pendapatan kepada penduduk sekitar hutan simpan. Pendidikan khas perlu diberikan secara sistematik agar keadaan hutan simpan kekal dan dapat dimenafaatkan oleh masyarakat dan generasi akan datang.

No comments: