Saturday, February 19, 2011

Mahasiswa Kini Pemimpin Akan Datang


Para Profesor memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan mahasiswa sebagai tenaga profesional dimasa hadapan. Kekuatan sesebuah negara akan datang bergantung kepada ilmuan di universiti sekarang. Maka pihak pemerintah sekarang patut melihat perkara ini dengan serius dan objektif. Budaya "arnab dan karot" sahaja akan membawa arah pemikiran masyarakat kepada budaya yang akan menjual negara kepada orang lain yang lebih berteknologi, kreatif dan berani.Budaya menyalahkan orang lain akan membina sikap mengambil peluang dan menindas untuk membina kekayaan sendiri. Maka rahsuah akan bermaharaja lela dikalangan orang yang berani, kreatif dan berilmu ini. Bagi orang Islam Iman dan Takwa sangat penting. Sebab itulah ada orang mengatakan "KPI=Kerja Penuh Iman"
Mahasiswa yang berani, kreatif, berilmu dan berpeluang menjadi pemimpin semasa di universiti ambillah peluang tanggungjaawb menjadikan negara yang selamat dan berdaulat berterusan.

No comments: