Wednesday, May 25, 2011
Green Volunteer (Sukarelawan Hijau)
Sempena kejayaan UPM dalam World Ranking Greenmetrik, seluruh warga UPM patut berbangga dan mempunyai semangat yang tinggi dalam mengekalkan atau meningkatkan kedudukan ranking ini di masa hadapan. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah kesedaran seluruh warga kampus, penglibatan sepanjang masa dalam kegiatan hijau dan amalan kearah aktiviti hijau. Sejauh mana warga kampus mengamalkan 3R (Reuse, Reduce, Recycle), mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan penggunaan air dan letrik, mengurangkan pergerakan kenderaan dalam kampus, mengawal pembuangan sisa bahan kimia dalam sing dan longkang, menjadikan kawasan kampus tidak merokok dan menjaga kehijauan pokok. Mungkin setiap PTJ bersama seluruh Kampus UPM mengadakan aktiviti satu petang serentak pada hari rabu dua kali setahun menyelenggara pokok yang sedia ada, menanam pokok baharu, membaja dan mengindahkannya. Marilah kita bersama menghijaukan kampus. Mungkin juga setiap PTJ mempunyai kelab sukarelawan hijau yang boleh menjalankan aktiviti hijau seperti menanam pokok, meronda tutup lampu yang menyala disiang hari di PTJ masing-masing atau menjalankan aktiviti perkhemahan kesedaran dan kefahaman alam semulajadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment