Friday, May 20, 2011

Kelestarian dan kerelevanan Universiti

Tiga fungsi universiti dalam pengajaran, penyelidikan dan pengembangan mesti dilihat penting bagi memastikan kelestarian dan kerelevanan sesebuah universiti.
Tidak dapat dinafikan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada universiti. Tiada negara yang maju di dunia ini yang tiada universiti. Malah semua negara maju mempunyai universiti yang terkemuka dan bertaraf dunia. Maka kalau kita mahu maju kita mesti menjadikan universiti kita maju dan bertaraf dunia.
Bagaimana nak menjadikan universiti maju dan bertaraf dunia telah banyak saya bincangkan sebelum ini. Just taip "world class university".
Antaranya ialah menghormati pensyarah @ profesornya, bangunkan bidang mereka ke tahap tertinggi dan pastikan berjaya, mempunyai pelapis generasi muda dan jadikan tarikan utama antarabangsa. Profesor adalah esest penting. Nilai universiti kita sekarang. Adakah ini berlaku atau hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Ramai pensyarah @ profesor bersara seorang diri penuh kekecewaan kerana bidang yang dipelopori 20-30 tahun terkubur begitu sahaja.Tiada pelapis dan kesinambungan ilmu.
Penyelidikan penting untuk pengajaran berkualiti dan pengembangan ilmu kepada masyarakat luar atau kegunaan negara.
Kepada pemimpin universiti fikir-fikirkanlah fokus universiti, kesinambungan dan kelestariannya serta kerelevanan dengan masyarakat dan negara. Fokus kekuatan univeriti bukan sesuatu yang adhoc. Full of planning and actions.

No comments: