Friday, May 27, 2011

Sejuta Belia Sejuta Harapan Sejuta Impian


Apakah belia negara bersetuju dengan hasrat pemimpin negara? Atau apakah perhimpunan sejuta belia suatu upacara sahaja? Bayangkan kita hanya bercita-cita untuk melahirkan 60,000 orang pemegang ijazah PhD sebelum 2020. Apakah ini angan-angan atau suatu realiti? Dalam 9 tahun ini agaknya berapa PhD boleh dihasilkan? 1000, 3000 atau bolehkah kita capai 5000? Bukan suatu yang mudah. Kita perlu fokus, kemudahan, kewangan, calon dan sokongan. Dan mungkin juga perlu menghargai lulusan PhD yang sedia ada. Bayangkan kalau profesor yang ada tidak dilihat dan dihargai, bagaimana mereka nak bantu hasilkan graduan PhD. Tambahan lagi dalam bidang sains dan teknologi yang sangat-sangat diperlukan negara.Sejuta belia ke Putrajaya, Belia Subang Jaya bermain rugbi di KLIA, Pertandingan MAS7. Paling kurang belia negara Subang Jaya jelas berhasrat membentuk Kelab Rugby Subang Jaya sebagai satu platfom untuk masyarakat lasak generasi baharu untuk beriadah, bersatu dan menafaatkan negara. Mungkin suatu hari nanti rugby di Subang Jaya terdiri dari para profesional dari dalam dan luar negara.

No comments: